Ikan gergasi seberat 45kg ditemukan di pantai AS - Utusan Malaysia

Ikan gergasi seberat 45kg ditemukan di pantai AS

IKAN gergasi seberat 45kg ditemukan di sebuah pantai di utara Oregon. - SEASIDE AQUARIUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seekor ikan gergasi yang spesiesnya tidak pernah dilihat sebelum ini, ditemukan terdampar di sebuah pantai di utara Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Star, beberapa kakitangan dari Seaside Aquarium mengenal pasti ikan gergasi berbentuk bulat dengan sisik berwarna oren itu sebagai opah.

Opah yang juga dikenali sebagai `moonfish’ merupakan sejenis spesies ikan berdarah panas.

Penolong Pengurus Seaside Aquarium, Tiffany Boothe berkata, ikan seberat 45 kilogram (kg) dan berukuran kira-kira satu meter panjang merupakan pertama seumpamanya ditemukan di kawasan pantai itu.

Menurut Boothe, pihaknya tidak pasti bagaimana ikan itu mati namun menyatakan ikan itu berada dalam keadaan baik sebelumnya.

Baru-baru ini, pengurusan Seaside Aquarium memuat naik hantaran mengenai penemuan ikan gergasi itu di laman Facebooknya.

Sementara itu, ahli biologi dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Perikanan memberitahu portal Stuff bahawa pakar percaya perubahan iklim mungkin menjadi antara faktor penemuan ikan gergasi itu di pantai tersebut.

Katanya, hal itu kerana spesies ikan tersebut biasanya ditemukan di perairan tropika dan sub-tropika. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya