Ibu tiri dera anak dipenjara 65 tahun - Utusan Malaysia

Ibu tiri dera anak dipenjara 65 tahun

EDUARDO Posso maut didera ibu tirinya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang ibu tiri bertindak kejam dengan mendera kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga mati kebuluran selepas mengikatnya dengan rantai dan memasang kolar elektrik anjing.

Lapor Daily Star, Dayana Medina-Flores dijatuhkan hukuman penjara selama 65 tahun.

Wanita berusia 27 tahun itu menerima hukuman maksimum tersebut selepas mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan.

Flores membiarkan mangsa, Eduardo Posso bersendirian di dalam bilik air di motel Economy Inn di Bloomington, Indiana selama beberapa minggu.

Menurut laporan wbiw, wanita itu bersubahat dengan bapa kandung mangsa, Luis Eduardo Posso, 34, untuk mendera kanak-kanak lelaki tersebut.

Beberapa dokumen mahkamah memaklumkan terdapat rambut di dalam perut kanak-kanak itu yang dipercayai mangsa terlalu lapar sehingga terpaksa makan rambut sendiri.

Kedua-dua individu itu dilaporkan bertanggungjawab dalam kematian kanak-kanak lelaki tersebut.

Menurut polis, mangsa menunjukkan tanda-tanda didera dan berada dalam kelaparan.

Koroner Joni Shields berkata, kanak-kanak lelaki itu hanya memiliki berat badan kira-kira 22 hingga 26 kilogram (kg) sahaja.

Polis juga menemukan beberapa video yang memaparkan keadaan Eduardo dikurung dalam bilik air.

Perbicaraan kes Posso ditangguhkan dan dia ditahan di Penjara County Monroe atas beberapa pertuduhan antaranya membunuh dan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya