JAKARTA: Aktres yang terjun ke dalam dunia politik, Jane Shalimar menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada awal pagi tadi.
Selebriti berusia 41 tahun itu meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat komplikasi selepas dijangkiti virus maut tersebut sejak 24 Jun lalu.
Berita mengenai kematiannya disampaikan oleh rakannya, Elisya Olive dengan menunjukkan gambar kuburnya.
Namun, gambar tersebut mula menjadi tular dalam media sosial gara-gara kelihatan sepotong tangan terkeluar dari kubur Jane.
Gambar itu turut dikongsi seorang pengguna Instagram di dalam akaunnya.
Kebanyakan pengguna media sosial itu menzahirkan rasa ngeri dengan imej tangan tersebut, namun ada juga yang beranggapan gambar itu disunting oleh pihak tidak brtanggungjawab.
“Sudah jelas gambar itu disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, malah tidak menghormati Jane yang sudah meninggal dunia,” kata seorang pengguna.
Jane sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi selama lima hari susulan keadaannya semakin kritikal sebelum meninggal dunia.