Haiti minta bantuan AS, PBB - Utusan Malaysia

Haiti minta bantuan AS, PBB

ANGGOTA tentera, polis dan forensik berada di luar kediaman Presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Haiti meminta bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjaga keselamatan di pelabuhan, lapangan terbang dan
lokasi strategik lain di negara itu selepas insiden pembunuhan Presidennya, Jovenel Moise.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pilihan Raya Haiti, Mathias Pierre kepada AFP.

“Selepas insiden pembunuhan itu, kami bimbang tentera upahan boleh memusnahkan beberapa infrastruktur untuk menimbulkan kekacauan di negara ini.

“Oleh itu, dalam perbualan dengan Setiausaha Negara AS dan PBB, kami telah meminta bantuan daripada mereka,” katanya.

Jabatan Negara AS dan Pentagon mengesahkan menerima permintaan dari kerajaan Haiti untuk bantuan keselamatan dan penyiasatan.

Menurut AS, pegawainya sentiasa berhubung dengan Port-au-Prince namun tidak memaklumkan sama ada akan mengerahkan pasukan tentera mereka ke Haiti.

Sebelum ini, kerajaan AS sudah memaklumkan akan menghantar Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi lain ke Port-au-Prince, dua hari selepas Moise dibunuh secara kejam oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam satu serangan di kediamannya.

Washington menunjukkan kesediaan untuk membantu dalam siasatan Haiti, malah jurucakap White House, Jen Psaki memberitahu ejen kanan FBI dan pegawai lain akan ke Caribbean secepat mungkin.

Pierre turut mengesahkan permintaan itu telah dibuat ketika pelbagai persoalan timbul mengenai pihak yang mendalangi pembunuhan tersebut.

Serangan yang berlaku di kediaman Moise turut menyaksikan Wanita Pertama Haiti, Martine Moise cedera.

* PEMBUNUH UPAHAN

Menurut polis, seramai 28 suspek didakwa terlibat dalam serangan bersenjata di kediaman Moise.

Daripada jumlah itu, seramai 26 suspek merupakan rakyat Colombia dan dua warga AS yang berasal dari Haiti.

Jelas polis, mereka masih mencari dalang pembunuhan pemimpin itu.

Beberapa pegawai kanan polis yang bertanggungjawab dengan keselamatan Moise juga dipanggil untuk hadir ke mahkamah.

Beberapa pihak lain membuat spekulasi mengenai kemungkinan penglibatan ejen keselamatan dalam pembunuhan tersebut.

Pihak berkuasa Columbia memaklumkan 17 bekas anggota tenteranya dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

*KEMELUT POLITIK

Haiti berada di tengah-tengah krisis politik.

Moise mentadbir Haiti dengan dekre selepas pilihan raya dijadualkan pada tahun 2018 ditunda kerana pertikaian ketika pemerintahannya berakhir.

Dua hari sebelum insiden pembunuhan, Moise melantik Ariel Henry sebagai perdana menteri baharu Haiti namun beliau tidak sempat membentuk kerajaan baharu.

Perdana menteri sementara Claude Joseph berkata, beliau dipertanggungjawabkan menggalas semua urusan negara.

*PRESIDEN SEMENTARA

Dalam pada itu, sekumpulan anggota senator di Haiti memilih presiden Senat, Joseph Lambert sebagai  presiden sementara negara itu. –AFP/REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya