Gempa bumi landa Alaska, amaran Tsunami dikeluarkan - Utusan Malaysia

Gempa bumi landa Alaska, amaran Tsunami dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran gempa bumi berukuran 8.2 skala Richter yang melanda semenanjung Alaska, awal pagi tadi.

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasakan sehingga 91 kilometer (km) di tenggara bandar Perryville.

Perryville merupakan sebuah perkampungan kecil dengan jarak 800 km dari Anchorage, Alaska.

Kerajaan AS mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian itu.

Sistem Amaran Tsunami AS menerusi kenyataan memaklumkan gelombang tsunami berbahaya dijangka berlaku dalam tiga jam akan datang di beberapa kawasan pantai.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter yang menyebabkan gelombang tsunami melanda pantai selatan Alaska, Oktober lalu.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. -AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya