JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai Pulau Sulawesi, Indonesia, hari ini.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut agensi tersebut, setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan akibat gempa bumi tersebut.
Menurut USGC, gempa kuat melanda kira-kira 258 kilometer (km) timur laut bandar Manado di Sulawesi Utara pada kedalaman 68km. – AFP