Gempa bumi 5.9 Richter gegar California - Utusan Malaysia

Gempa bumi 5.9 Richter gegar California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Satu gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda kawasan berhampiran sempadan California dan Nevada semalam.

Kebanyakan penduduk memaklumkan mereka merasakan gegaran sehingga ratusan kilometer.

Gempa itu yang pada awalnya direkodkan sekuat 6.2 Richter berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan berpusat berhampiran pekan Walker, California, kira-kira 240 kilometer ke timur Sacramento.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan infrastruktur.

Seorang pengusaha restoran di Walker, Sally Rosen memberitahu, anaknya berusia dua tahun sedang tidur dalam pangkuannya ketika gempa bumi itu berlaku.

“Kami rasakan satu bangunan bergegar dan kami tidak menyangka ia adalah gempa bumi.

“Bagi menyelamatkan diri, kami berlari keluar dari rumah dan menunju ke restoran saya yang terletak di belakang rumah,” katanya.

Rosen turut memberitahu, hampi semua barangan dalam restorannya jatuh dah pecah.

Dalam pada itu, turut direkodkan beberapa gempa susulan di kawasan sama. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya