MEKAH: Gabenor Mekah, Putera Khalid Al-Faisal dan timbalannya, Putera Badr Sultan Abdul Aziz menerima kehadiran imam dan khatib Masjidil Haram di rumah tetamu bagi mengucapkan tahniah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Lapor Arab News, putera itu kemudian melawat beberapa kawasan di Mina bagi meninjau perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah haji serta melawat pusat kawalan bergerak Kementerian Kesihatan di hospital kecemasan Mina.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengalu-alukan kedatangan Putera khalid dan Putera badr serta memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan itu.
Mereka kemudian melawat pusat kawalan keselamatan Mina yang disambut oleh Pengarah Keselamatan Awam, Khalid Qarar Al-Harbi yang menguruskan keselamatan jemaah haji.
Khalid turut menjelaskan tentang ibu pejabat keselamatan di Mina dan penambahbaikan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi dengan teknologi terkini bagi membantu meningkatkan kapasiti operasi.