MANILA: Kerajaan Filipina akan melarang kemasukan pengembara dari Malaysia dan Thailand sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini.
Larangan kemasukan itu berkuatkuasa Ahad ini sehingga penghujung bulan ini, menurut jurucakap pejabat presiden, Harry Roque.
“Langkah ini diambil bagi mencegah peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Filipina,” katanya.
Filipina sebelum ini melarang kemasukan pengembara dari lapan negara termasuk Indonesia dan India.
Presiden Rodrigo Duterte sebelum ini meletakkan Manila dan empat wilayah lain di bawah sekatan ketat Covid-19 sehingga akhir Julai ini.
Pusat sukan dan pelancongan tertutup serta gim tidak dibenarkan beroperasi, selain kanak-kanak berusia lima dan 17 tahun tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Filipina merekodkan sebanyak 47 kes varian Delta dengan lapan daripadanya aktif dan tiga kematian. – REUTERS