ESA lancar satelit komersial pertama dunia - Utusan Malaysia

ESA lancar satelit komersial pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Agensi Angkasa Eropah (ESA) hari ini melancarkan satelit komersial pertama di dunia yang boleh diprogramkan semula sepenuhnya, sekali gus membuka komunikasi era baharu yang lebih fleksibel.

Tidak seperti model konvensional yang direka dengan kabelnya berada di bumi dan tidak boleh diubah suai ketika di orbit, Eutelsat Quantum (Quantum) direka berasaskan perisian teknologi membolehkan pengguna menyesuaikan komunikasi mengikut keperluan masing-masing.

Pengarah Telekomunikasi dan Aplikasi ESA, Elodie Viau, berkata apabila satelit dilancarkan, permintaan dan pasaran boleh berubah dari masa ke semasa.

“Satelit yang tidak bersifat tetap dan boleh diselaraskan mengikut permintaan pelanggan akan memberikan kami prospek lebih luas.

“Sekiranya pelancaran satelit itu berjaya, pengeluarannya akan dibuat secara besar-besaran, berbanding untuk kegunaan tunggal sebelum ini,” katanya.

Satelit itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Guiana di Amerika Latin antara pukul 21:00 dan 22:30 GMT.

Disebabkan satelit itu boleh diprogramkan semula ketika mengorbit dalam posisi tetap pada jarak 35,000 kilometer di atas bumi, Quantum boleh bertindak balas terhadap perubahan dan menyediakan komunikasi selamat sepanjang hayatnya iaitu selama 15 tahun.

Quantum akan meliputi kawasan geografi yang besar dari Afrika Barat hingga Asia selama tempoh tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya