England semakin hampir bentuk imuniti berkelompok - Utusan Malaysia

England semakin hampir bentuk imuniti berkelompok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sembilan daripada 10 orang dewasa di Britain ketika ini sudah mempunyai antibodi Covid-19 selepas program vaksinasi yang dilakukan semakin hampir membentuk imuniti berkelompok.

Ujian darah yang dilakukan oleh Pejabat Statistik Nasional Britain (ONS) terhadap puluhan ribu penduduk berusia atas 16 tahun bermula 14 Jun lalu mendapati sebanyak 89.8 peratus sudah mempunyai antibodi koronavirus.

Peratusan itu meningkat dari 79.6 peratus pada Mei lalu, sekali gus menunjukkan kejayaan program imunisasi di negara ini.

Antibodi dihasilkan selepas vaksinasi atau dijangkiti Covid-19.

ONS juga memaklumkan tahap antibodi lebih tinggi direkodkan pada golongan dewasa yang berusia antara 60 hingga 79 tahun yang disahkan positif Covid-19 iaitu sebanyak 97 peratus.

Namun, peratusan itu lebih rendah melibatkan golongan muda berusia 16 hingga 24 tahun, sekali gus menunjukkan jutaan belia masih berdepan risiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

Golongan pakar percaya, kira-kira 85 peratus daripada jumlah populasi perlu mempunyai antibodi Covid-19 bagi membentuk imuniti berkelompok.

Pegawai Kanan Statistik Kaji Selidik Covid-19, Kara Steel berkata, peratusan yang diperoleh ketika ini menunjukkan golongan dewasa di United Kingdom sudah mempunyai perlindungan terhadap koronavirus.

“Selepas sekatan Covid-19 mula dilonggarkan, perlindungan ini diharap dapat mengekang penularan kes jangkitan yang teruk,” katanya.

Data ONS menunjukkan tahap antibodi paling sedikit direkodkan dia tenggara England iaitu pada kadar 86 peratus dan paling tinggi di barat negara ini dengan 89 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya