England kecualikan kuarantin bagi pengunjung AS, EU lengkap divaksin - Utusan Malaysia

England kecualikan kuarantin bagi pengunjung AS, EU lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: England akan membenarkan individu dari Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mengunjungi negaranya tanpa perlu menjalani kuarantin.

Lapor Al Jazeera, polisi itu akan berkuat kuasa mulai 4 pagi (waktu tempatan) pada 2 Ogos depan.

“Kami ingin membantu menyatukan semula individu yang tinggal di AS dan negara EU dengan keluarga dan rakan mereka,” kata Menteri Pengangkutan, Grant Shapps menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, pengunjung yang menerima suntikan vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh AS dan EU tidak perlu menjalani kuarantin.

Peraturan baharu itu berkuatkuasa di England namun dijangka diikuti oleh seluruh United Kingdom (UK) tidak lama lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya