Enggan terima vaksin, 70 anggota separa tentera digantung tugas - Utusan Malaysia

Enggan terima vaksin, 70 anggota separa tentera digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Pihak berkuasa di wilayah Balochistan menggantung perkhidmatan kira-kira 70 anggota separa tentera tanpa gaji selepas mereka enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kesemuanya digantung tugas selepas tidak mengendahkan arahan untuk mengambil vaksin, biarpun sudah diberi peringatan serta amaran beberapa kali.

Pegawai kanan di Balochistan, Habib Ahmed Bangalzai berkata, 70 anggota separa tentera itu akan digantung tugas tanpa menerima gaji.

Tindakan itu dikenakan selepas kerajaan Pakistan menasihatkan semua penjawat awam menerima suntikan vaksin sebagai perlindungan dari Covid-19.

Pihak berkuasa Balochistan juga melarang mana-mana individu yang tidak menerima suntikan vaksin daripada memasuki premis kerajaan, taman awam, pusat beli-belah dan menaiki pengangkutan awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya