WASHINGTON: Empat orang dilaporkan cedera akibat ditembak di luar stadium besbol yang padat dengan penonton di sini semalam, menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan.
Polis mengesahkan insiden itu dan memberi jaminan keadaan kini terkawal, selain tidak menyatakan lebih jelas mengenai keadaan empat mangsa yang ditembak.
Polis pada mulanya memaklumkan dua orang ditembak di luar Stadium Nationals Park, sebelum menyatakan ada dua lagi mangsa turut ditembak.
Koresponden AFP yang berada di lokasi kejadian memberitahu, orang ramai lari bertempiaran meninggalkan stadium selepas dengar bunyi tembakan.
Polis kini masih menyiasat motif kejadian dan memburu suspek. – AFP