BEIJING: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan lima cedera selepas hujan lebat mencetuskan banjir di bandar Zhengzhou di wilayah Henan semalam.
Beberapa imej yang disiarkan dalam portal media tempatan menunjukkan stesen tren bawah tanah dinaiki banjir setinggi para leher orang dewasa.
Pihak berkuasa China turut memberi amaran sebuah empangan di Luoyang ‘boleh pecah pada bila-bila masa’ berikutan hujan lebat berterusan.
Empangan Yihetan itu boleh menjejaskan kira-kira tujuh juta penduduk di Luoyang sekiranya pecah.
Sehubungan itu, ketenteraan China mengerahkan pasukan ke lokasi empangan tersebut dan melakukan strategi pemindahan banjir.
“Pada 20 Julai (semalam), berlaku retakan sepanjang 20 meter di empangan Yihetan, selain bahagian tebing sungai turut mengalami kerosakan teruk.
“Keadaan itu menyebabkan empangan berkenaan boleh runtuh pada bila-bila masa,” menurut kenyataan tentera. – AFP