ICELAND: Setiap kali tiba musim panas, sekitar 400 pemburu akan menjelajah sebuah pulau kecil terpencil di Teluk Breizafjour, Iceland bagi mencari bulu itik termahal di dunia.
Pemburuan bulu paling berharga itu diadakan hampir setiap tahun selama lebih dari ribuan tahun.
Eiderdown merupakan bulu itik kutub Eider adalah antara serat semula jadi yang paling panas di bumi sejak sekian lama.
Mereka menggunakan bulu tersebut untuk membuat selimut terbaik yang dapat dijual.
Sekilo Eiderdown dijual dengan harga ribuan dolar kerana bulu itu hanya digunakan untuk menghasilkan produk mewah.
Itik Eider mengeluarkan barang berharga dari payu daranya dan digunakan untuk melapisi sarangnya bagi melindungi mereka semasa menetas.
Sarang inilah yang diburu semasa pemburuan Eiderdown setiap tahun.