'Duduk di rumah jika belum vaksin atau polis akan tangkap anda' - Utusan Malaysia

‘Duduk di rumah jika belum vaksin atau polis akan tangkap anda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar rumah jika belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Peringatan itu disampaikan ketika negara ini terus bergelut dengan peningkatan kes jangkitan yang diakibatkan oleh penularan varian Delta.

Sebanyak 1.6 juta kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Filipina, dengan lebih 27,000 kes, sekali gus menjadikan negara ini sebagai negara Asia Tenggara kedua paling banyak merekodkan kes jangkitan koronavirus selepas Indonesia.

“Kepada sesiapa yang enggan divaksin atau belum menerima suntikan, saya nasihatkan duduklah di rumah.

“Jika berdegil dan masih keluar rumah, saya akan minta polis iringi anda kerana anda penyebar virus,” katanya seperti yang dipetik Arab News.

Tegas Duterte, semua pihak perlu bekerjasama dan saling bertolak ansur sekiranya mahu Filipina bebas Covid-19.

Katanya, golongan yang belum divaksin hanya menambah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara ini.

“Adakah kita perlu tunggu lebih ramai mati baru kita nak sedar yang keadaan ketika ini sangat serius?,” soal Duterte.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya