Dua pesawat bertembung di landasan lapangan terbang Dubai - Utusan Malaysia

Dua pesawat bertembung di landasan lapangan terbang Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Dua pesawat penumpang milik syarikat penerbangan tambang murah iaitu FlyDubai dan Gulf Air bertembung di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai awal pagi ini.

Namun, pihak berkuasa memaklumkan insiden itu tidak menyebabkan kecederaan.

Menurut FlyDubai, satu daripada pesawat Boeing 737-800s miliknya bertembung dengan kapal terbang Gulf Air ketika membuat persediaan untuk terbang ke Kyrgyztan.

Selepas insiden itu, penumpang pesawat terbabit dipindahkan dan kemudiannya berlepas ke Kyrgyztan menggunakan kapal terbang lain.

“FlyDubai akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden tersebut,” jelas kenyataan itu sambil memaklumkan pesawat berkenaan mengalami kerosakan di bahagian sayap.

Dalam pada itu, Gulf Air pula menyatakan insiden itu tersebut menyebabkan ekor pesawatnya terjejas.

Penumpang pesawat Gulf Air ketika itu bersiap sedia untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain di Manama.

Selain itu, pihak berkuasa lapangan terbang Dubai memberitahu, insiden itu menyebabkan dua landasan terpaksa ditutup selama dua jam, namun tidak menjejaskan jadual penerbangan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya