Didakwa bunuh 130 orang, Alcala maut sebelum hukuman mati - Utusan Malaysia

Didakwa bunuh 130 orang, Alcala maut sebelum hukuman mati

RODNEY JAMES ALCALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang pembunuh bersiri yang pernah mendapat jolokan ‘The Dating Game Killer‘ maut Sabtu lalu ketika menunggu hukuman mati.

Rodney James Alcala, 77, dilaporkan mati akibat faktor semula jadi di Hospital San Joaquin Valley.

Alcala dijatuhkan hukuman mati pada 2010 atas kesalahan membunuh lima individu termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun di California antara 1977 hingga 1979.

Pihak berkuasa malah tidak menolak kemungkinan suspek sudah membunuh seramai 130 orang di seluruh negara.

Lelaki itu mendapat hukuman tambahan 25 tahun penjara pada 2013 selepas mengaku bersalah melakukan dua pembunuhan di New York.

Dia kemudian didakwa semula pada 2016 selepas bukti ujian DNA menunjukkan dia adalah pembunuh kepada seorang wanita berusia 28 tahun pada 1977 di Wyoming.

Pihak pendakwa raya mendedahkan suspek pernah menelanjangkan dua mangsa wanita selepas mereka mati dengan seorang daripadanya diperkosa dengan penukul.

Kesemua mangsa difahamkan berulang kali dicekik supaya menderita lebih lama. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya