Curi barang kemas RM9.4 juta pakai skuter - Utusan Malaysia

Curi barang kemas RM9.4 juta pakai skuter

KEDAI barang kemas Chaumet yang terletak di Paris, gambar kecil menunjukkan imej lelaki memakai kot sambil menaiki skuter. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Hanya menaiki skuter, seorang lelaki mampu mencuri barang kemas bernilai AS$2.36 juta (RM9.4 juta) dan batu permata berharga dari butik barang kemas Chaumet.

Lelaki yang dipercayai dalam lingkungan 50 ke 60 tahun itu mengeluarkan senjata dan mengancam untuk melancarkan bom yang didakwa ditanam dalam kedai itu.

Premis barang kemas itu terletak di kawasan mewah di bandar Chmaps-Elysees, lapor BBC.

Rakaman Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam imej lelaki itu memasuki premis dengan memakai kot berwarna kelabu dan pelitup muka.

Menurut pihak polis, lelaki itu memaksa pekerja menyerahkan barang kemas dan batu permata serta kunci kedai sebelum mengunci pekerja di dalam premis tersebut.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan berlaku semasa rompakan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya