Cuaca panas melampau ‘masak' ratusan kepah di Washington - Utusan Malaysia

Cuaca panas melampau ‘masak’ ratusan kepah di Washington

RATUSAN kepah ‘masak’ akibat suhu panas melampau di pantai Washington. - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ratusan kepah ‘masak’ susulan cuaca panas melampau melanda pantai barat laut Pasifik.

Lapor Daily Mail, beratus-ratus kepah mati terdampar di pantai Washington dan kebanyakannya cangkerang terbuka akibat fenomena gelombang haba.

Syarikat Hama Hama Oyster yang mengusahakan ternakan kepah berkongsikan gambar dalam media sosial yang menunjukkan sejumlah hidupan laut itu mati di tepi pantai.

Pengarah pemasaran syarikat itu, Lissa Monberg berkata, tiada sesiapa pernah mengalami gelombang haba epik seperti ini sejak 15 tahun lalu. 

“Kepah itu kelihatan seperti sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. 

“Masih terlalu awal untuk menyatakan jumlah kepah yang mati dan kami perlu menunggu air pasang surut seterusnya,” katanya. 

Gelombang haba itu melanda sebahagian tempat di Kanada, Oregon dan Washington dengan suhu melepasi 49 darjah Celcius. 

Fenomena itu turut melanda utara Great Basin, utara Idaho dan sebahagian tempat di barat laut Nevada dan utara California. 

Suhu melampau itu bukan sahaja membunuh ratusan manusia tetapi mengorbankan hidupan laut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya