Covid-19: Sumbangan vaksin dari AS tiba di Afghanistan - Utusan Malaysia

Covid-19: Sumbangan vaksin dari AS tiba di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Lebih 1.4 juta dos vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J) yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat(AS) tiba di Afghanistan, semalam.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), ia merupakan kumpulan pertama vaksin Covid-19 daripada dua penghantaran pada bulan ini.

Jelas agensi itu, penghantaran kedua bekalan vaksin Covid-19 disumbangkan oleh kerajaan AS menerusi program COVAX, akan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3.3 juta dos.

“Bekalan vaksin ini tiba pada masa yang penting bagi Afghanistan ketika negara itu berdepan lonjakan besar kes jangkitan Covid-19,” kata Wakil UNICEF di Afghanistan, Herve Ludovic De Lys.

Sumbangan vaksin itu dibuat ketika pasukan tentera AS meninggalkan Afghanistan, sekali gus menamatkan peperangan paling lama di negara itu yang bermula sejak 20 tahun lalu.

COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa yang dipimpin oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyediakan bekalan vaksin Covid-19 untuk negara miskin dan berpendapatan
rendah.

Program itu menyaksikan negara kaya menyumbang bekalan vaksin Covid-19 kepada negara berpendapatan rendah dan miskin.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada janji Presiden AS, Joe Biden untuk berkongsi 80 juta dos vaksin Covid-19 di seluruh dunia menerusi program COVAX. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya