Covid-19: Rusia tawar vaksin kepada Korea Utara - Utusan Malaysia

Covid-19: Rusia tawar vaksin kepada Korea Utara

KIM JONG-UN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Rusia sekali lagi menawarkan untuk menyumbang bekalan vaksin Covid-19 kepada penduduk Korea Utara.

Lapor BBC, tawaran itu dibuat selepas beberapa laporan mendedahkan krisis kebuluran dialami negara itu semakin teruk akibat pelaksanaan perintah berkurung yang ketat.

Namun, Pyongyang dilaporkan menolak tawaran vaksin berkenaan dan bantuan lain daripada beberapa negara.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov berkata, Moscow sudah beberapa kali menawarkan bekalan vaksin Covid-19 kepada Korea Utara.

Beliau juga sekali lagi menawarkan untuk menyumbang vaksin Covid-19 sekiranya negara itu memerlukan bekalan tersebut.

China dan Korea Selatan antara beberapa negara yang sebelum ini pernah menawarkan vaksin Covid-19 kepada Pyongyang.

Sebelum ini, Korea Utara mendakwa tiada kes Covid-19 direkodkan di negaranya.

Bulan lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengakui negaranya berdepan krisis makanan.

Dalam satu mesyuarat, Jong-un berkata, situasi bekalan makanan penduduk Korea Utara ketika ini semakin tegang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya