Covid-19: Pekerja hospital kenakan caj RM88,900 bagi katil ICU - Utusan Malaysia

Covid-19: Pekerja hospital kenakan caj RM88,900 bagi katil ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Polis Peru berjaya menumpaskan rantaian jenayah yang mengenakan caj sebanyak AS$21,000 (RM88,900) bagi setiap katil pesakit Covid-19 yang mengalami penyakit kritikal di hospital negeri.

Lapor Reuters, pihak berkuasa menahan seramai sembilan orang termasuk pentadbir Lima, Hospital Awam Guillermo Almenara Irigoyen.

Menurut pendakwa raya, Reynaldo Abia, sindiket terbongkar selepas pihak polis menerima aduan daripada seorang keluarga mangsa yang menderita Covid-19 apabila diminta sebanyak AS$20,783 (RM87,900) bagi menerima rawatan dan katil di unit rawatan rapi (ICU) di hospital.

Menteri Kesihatan, Oscar Ugarte berkata, penipuan itu sangat dikecam dan kita tidak boleh berunding dengan nyawa seseorang.

Skandal korupsi di sekitar kawasan hospital menggegarkan Peru.

Sebelum ini, rakyat marah dengan tuduhan terhadap beberapa pegawai atasan yang didakwa menerima vaksin ‘VIP’.

Kejadian itu mendorong menteri kesihatan dan menteri luar meletakkan jawatan awal tahun ini.

Hospital yang terlibat dalam skandal baru-baru ini ditadbir oleh sistem keselamatan sosial EsSalud menyediakan rawatan percuma.

Pesakit terpaksa menunggu giliran untuk 80 katil ICU yang ditawarkan pihak hospital.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya