Covid-19: Menteri Kesihatan Tunisia dipecat - Utusan Malaysia

Covid-19: Menteri Kesihatan Tunisia dipecat

FAOUZI Mehdi - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Menteri Kesihatan Tunisia, Faouzi Mehdi dipecat semalam ketika kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara Afrika Utara itu.

Lapor Al Jazeera, Perdana Menteri, Hichem Mechichi mengumumkan pemecatan Mehdi menerusi kenyataan tanpa memberi sebarang alasan atas tindakan tersebut.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Sosial, Mohamed Trabelsi akan menerajui kementerian kesihatan buat sementara waktu.

Awal bulan ini, kementerian kesihatan memaklumkan sistem kesihatan Tunisia telah runtuh ketika pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan lebih 17,000 kes kematian dilaporkan dalam kalangan penduduk sekitar 12 juta orang.

Sebelum ini, Mehdi mengumumkan pembukaan pusat vaksinasi sementara kepada semua warga Tunisia berusia 18 tahun ke atas pada Selasa dan Rabu sehingga mengakibatkan rempuhan.

Kementerian menyekat akses vaksinasi kepada individu berusia 40 tahun ke atas pada Rabu bagi mengelakkan sebarang kejadian baharu.

Pemecatan Mehdi dilihat sebagai satu lagi contoh ketidakstabilan dalam pemerintahan negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya