BERLIN: Lebih separuh penduduk di Jerman sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Jens Spahn.
Spahn memuji dan menyifatkan langkah itu sebagai satu lagi kejayaan dalam usaha inokulasi ekonomi terbesar di Eropah.
“Seramai 41.8 juta penduduk Jerman kini mempunyai perlindungan sepenuhnya manakala sebanyak 61.1 peratus populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
“Semakin ramai yang divaksin semakin kurang peluang virus merebak,” katanya di laman Twitter. – AFP