Covid-19: Kes kematian di Argentina lepasi 100,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes kematian di Argentina lepasi 100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Argentina menjadi negara Amerika Latin kelima yang melepasi angka 100,000 kes kematian akibat jangkitan Covid-19.

Lapor Al Jazeera, jumlah itu dilaporkan ketika Argentina berdepan dengan lonjakan kes jangkitan Covid-19 sehingga melumpuhkan sistem kesihatan awam dan memburukkan lagi krisis ekonomi negara tersebut.

Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan, sebanyak 614 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, setakat ini, Argentina merekodkan sebanyak 100,250 kematian dan 4.7 juta kes jangkitan Covid-19 sejak pandemik bermula.

Ketua Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Carissa Etienne menegaskan jangkitan Covid-19 sekali lagi menunjukkan peningkatan di negara ini.

“Saya mengakui kita semua sudah letih namun selepas mengalami lonjakan kes jangkitan di lokasi sama, kita perlu menangani masalah ini.

“Kita perlu mematahkan rantaian ini dengan menerapkan langkah-langkah kesihatan yang awal dan lebih konsisten,” katanya dalam satu taklimat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya