Covid-19: Kanak-kanak berdepan risiko kematian rendah - Utusan Malaysia

Covid-19: Kanak-kanak berdepan risiko kematian rendah

PENEMUAN baharu menunjukkan risiko kematian akibat Covid-19 amat rendah dalam kalangan kanak-kanak - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga kajian yang menilai risiko dialami kanak-kanak terhadap Covid-19 mendedahkan hanya seorang daripada jumlah 500,000 golongan itu meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Di England, seramai 25 kanak-kanak meninggal dunia akibat Covid-19 iaitu bersamaan kira-kira dua dalam setiap sejuta individu dibawah usia 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kanak-kanak tiada rekod kesihatan manakala yang lain pula mempunyai penyakit kronik atau mengancam nyawa.

Lapor Mirror, kajian itu dijalankan oleh pasukan penyelidik dari University College London, University of York dan University of Liverpool.

Kajian tersebut menunjukkan individu dibawah usia 18 tahun yang meninggal dunia, berkemungkinan besar merupakan remaja berbanding kanak-kanak.

Ia juga secara tidak langsung menunjukkan risiko jangkitan virus itu semakin meningkat dengan usia seseorang individu.

Dilaporkan, sebahagian besar kanak-kanak Asia dan warga berkulit hitam meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.

Lebih 75 peratus kanak-kanak yang meninggal dunia mempunyai penyakit kronik manakala dua pertiga memiliki lebih daripada satu kondisi dan 60 peratus lagi mengalami keadaan mengancam nyawa.

Salah satu kajian itu juga menyatakan kanak-kanak mempunyai risiko kematian amat rendah dan keengganan untuk menghantar mereka ke sekolah atau melakukan sebarang aktiviti berisiko lebih besar berbanding virus itu sendiri.

Kajian kedua mendapati seramai 251 anak muda di England berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2,000 dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 dari Mac 2020 sehingga Februari lalu.

Daripada jumlah pesakit itu, sebanyak 91 peratus memiliki satu atau lebih penyakit kronik.

Pengarang kanan dua kajian tersebut, Profesor Russell Viner berkata, penemuan baharu menunjukkan risiko penyakit teruk atau kematian akibat Covid-19 amat rendah dalam kalangan kanak-kanak.

“Penemuan ini penting kerana ia akan memberi maklumat mengenai panduan perlindungan untuk orang muda serta vaksinasi bagi remaja dan kanak-kanak di seluruh dunia,” katanya yang juga profesor di Institut Kesihatan Kanak-Kanak UCL Great Ormond Street. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya