Covid-19: AS berada pada 'arah yang salah' - Utusan Malaysia

Covid-19: AS berada pada ‘arah yang salah’

DR. ANTHONY FAUCI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) disifatkan ‘berada pada arah yang salah’ ketika kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat, terutamanya melibatkan golongan yang belum divaksin.

Pakar penyakit berjangkit AS, Dr. Anthony Fauci berkata, penularan varian Delta menjadi penyebab utama kepada peningkatan kes di negara ini.

Sehubungan itu jelas beliau, pihak berkuasa kesihatan mempertimbangkan untuk melaksanakan garis panduan pemakaian pelitup muka kepada penduduk yang sudah divaksin untuk mengurangkan jangkitan.

Katanya, tawaran pemberian dos tambahan kepada golongan sistem imun lemah juga giat diteliti.

“Situasi koronavirus di AS kini menjadi ‘pandemik dalam kalangan penduduk yang belum divaksin’,” katanya.

Lebih 162.7 juta penduduk atau 49 peratus daripada populasi sudah menerima vaksinasi lengkap di AS.

AS melopori program vaksinasi dunia sehingga April lalu sebelum kadar itu mula menurun. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya