China usir kapal perang AS di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

China usir kapal perang AS di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ketenteraan China memaklumkan pihaknya mengusir kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang didakwa memasuki kawasan perairan negara ini berhampiran Kepulauan Paracel di Laut China Selatan hari ini.

Kapal USS Benfold dilaporkan memasuki kawasan perairan di kepulauan itu tanpa kebenaran daripada kerajaan China dan tindakan itu secara jelas mencabuli kedaulatan negara ini.

Ketenteraan China dalam kenyataan memberi amaran kepad AS supaya segera menghentikan tindakan provokasi terhadap negara ini.

Sebagai reaksi, Tentera Laut AS menyatakan kapal USS Benfold tidak melanggar sebarang undang-undang di Paracel.

Pada 12 Julai 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di Hague memutuskan China tidak mempunyai sebarang kaitan sejarah berhubung tuntutan di Laut China Selatan, namun ditolak oleh Beijing.

Kepulauan tersebut turut dituntut oleh Vietnam dan Taiwan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya