China kenakan sekatan terhadap pegawai AS - Utusan Malaysia

China kenakan sekatan terhadap pegawai AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengenakan sekatan terhadap beberapa individu dan organisasi Amerika Syarikat (AS) sebagai respons terhadap sekatan AS kepada pegawai China di Hong Kong.

Lapor BBC, sekatan itu turut dikenakan terhadap bekas Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross.

Sekatan balas itu dikenakan beberapa hari sebelum Timbalan Setiausaha AS, Wendy Sherman dijangka mengadakan lawatan ke China.

Sekatan AS terhadap pegawai China di Hong Kong adalah kerana peranan negara itu mengenakan tindakan keras di wilayah tersebut.

Washington turut memberi amaran kepada komuniti perniagaannya mengenai peningkatan risiko beroperasi di Hong Kong.

China memperkenalkan Undang-Undang Keselamatan Negara tahun lalu sebagai respons terhadap protes pro-demokrasi besar-besaran.

Kementerian Luar China semalam tampil menjelaskan sekatan AS baru-baru ini dirancang untuk ‘mengotorkan persekitaran perniagaan Hong Kong tanpa asas’ dan ‘melanggar undang-undang antarabangsa serta norma-norma asas yang mengatur hubungan antarabangsa’.

Jelasnya, sekatan akan dikenakan kepada tujuh individu dan entiti AS termasuk Ross.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya