Champlain Towers South diruntuhkan sepenuhnya - Utusan Malaysia

Champlain Towers South diruntuhkan sepenuhnya

STRUKTUR kondominium Champlain Towers South diruntuhkan sepenuhnya di Surfside, Florida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURFSIDE: Sebahagian struktur kondominium Champlain Towers South sudah diruntuhkan sepenuhnya semalam, selepas dibimbangi akan menimbulkan lebih banyak masalah susulan Ribut Tropika Elsa yang diramalkan membadai Florida dalam tempoh terdekat.

Jumlah korban insiden runtuhan itu kini disahkan sebanyak 24 orang dengan 121 masih hilang.

Rakaman video menunjukkan struktur kondominium setinggi 12 tingkat itu diruntuhkan kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan.

Sejurus diruntuhkan, kepulan debu tebal menyelubungi kawasan sekitar dan serpihan bangunan bertaburan atas jalan.

Proses meruntuhkan sebahagian struktur kondominium itu juga menyaksikan operasi mencari serta menyelamat (SAR) dihentikan buat sementara waktu.

Pihak berkuasa sebelum ini menegaskan sebahagian struktur kondominium yang tidak runtuh boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada pasukan SAR, biarpun peluang untuk menemukan mangsa terselamat kian tipis.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava sebelum ini mengumumkan proses meruntuhkan struktur kondominium itu akan menggunakan bahan letupan kecil.

“Semua penduduk sekitar lokasi kejadian dinasihatkan supaya duduk di dalam rumah ketika proses runtuhan dilakukan kerana serpihan bangunan akan berterbangan dan bertaburan akibat impak letupan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya