Campur vaksin, trend berbahaya - Ketua Saintis WHO - Utusan Malaysia

Campur vaksin, trend berbahaya – Ketua Saintis WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Soumya Swaminathan memberi amaran mengenai campuran dan padanan dua jenis vaksin Covid-19 yang berlainan bagi dos pertama dan kedua.

Lapor Hindustan Times, Soumya menyifatkan tindakan itu sebagai `trend berbahaya’ dan menegaskan tidak mempunyai data mencukupi berhubung kesan proses tersebut.

“Kami menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai bahawa mereka sudah mendapat dos pertama dan bercadang untuk mengambil yang lain (dos kedua).

“Langkah itu agak berbahaya. Kita ketika ini berada dalam zon bebas data dan tanpa bukti berhubung proses campuran dan padanan,” katanya dalam satu taklimat secara dalam talian.

Menurut Soumya, ketika ini, beberapa kajian dilakukan mengenai campuran dan padanan vaksin berlainan, justeru beliau meminta semua pihak untuk menunggu hasil keputusan tersebut.

“Terdapat data terhad mengenai proses itu dan kajian sedang dijalankan, jadi kita perlu menunggu hasilnya.

“Situasi boleh menjadi huru hara sekiranya pihak berkenaan mula memutuskan bila dan siapa akan menerima dos kedua, ketiga dan keempat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya