Bunuh bayi sendiri dengan masukkan gumpalan kertas ke dalam mulut - Utusan Malaysia

Bunuh bayi sendiri dengan masukkan gumpalan kertas ke dalam mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBUMEN: Sepasang kekasih didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkan dengan menyumbat gumpalan kertas ke dalam mulut bayi itu dengan tujuan melemaskannya.

Perbuatan kejam itu dilakukan di Desa Lajer, Ambal di Kebumen, Jawa Tengah pada minggu lalu.

Jurucakap polis Kebumen, Edi Wibowo berkata, perbuatan hina pasangan kekasih itu terbongkar selepas satu mayat bayi ditemukan dalam plastik di saluran pengairan di sini.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan tidak lama kemudian dan memaklumkan bayi itu adalah hasil hubungan zina mereka.

“Pasangan kekasih itu sudah merancang untuk membunuh bayi itu sejak dalam kandungan. Suspek lelaki pernah memberi ubat menggugurkan janin kepada suspek wanita, namun bayi itu tetap sihat sehingga dia dilahirkan baru-baru ini,” katanya.

Jelas Edi, selepas dilahirkan, ibu bayi tersebut nekad membunuh anaknya dengan memasukkan gumpalan kertas ke dalam mulut bayi tidak berdosa itu selama 15 minit.

“Selepas bayinya tidak lagi bernafas, suspek wanita memasukkan mayat anaknya ke dalam plastik dan buang ke saluran pengairan.

“Kedua-dua suspek juga sudah mengakui perbuatan mereka dan menyatakan kekesalan,” ujarnya.

Selain itu, polis juga memberitahu, suspek wanita itu memaklumkan antara alasan lain dia membunuh bayinya adalah kerana dia bakal berkahwin dengan lelaki lain dan tidak mahu rahsianya pernah hamil terbongkar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya