KARNATAKA: Penduduk kampung di Karnataka dikejutkan dengan kehadiran buaya dari sungai berdekatan.
Sebuah rakaman video berdurasi 23 saat menunjukkan penduduk kampung mengekori rapat buaya bersaiz besar itu dari jarak yang selamat.
Buaya itu bagaimanapun tidak menyerang penduduk dan berhenti seketika selepas bergerak beberapa meter.
Tidak dapat dipastikan sama ada buaya itu sedang kelaparan atau sebaliknya.
Pihak berkuasa hidupan liar kemudian melakukan kerja-kerja menyelamat haiwan itu dan melepaskan semula ke dalam sungai di negeri itu. -BBC