LONDON: Sebuah permainan buaian di taman tema yang terputus sehingga menyebabkan beberapa kanak-kanak cedera dilaporkan berpunca akibat tindakan cuai sekumpulan remaja yang ‘mengusik sistem operasi’ permainan tersebut.
Dalam kejadian itu, seramai 11 orang cedera termasuk tiga kanak-kanak dan mereka dibawa ke hospital selepas buaian itu terputus di taman tema Planet Fun, Ireland, lapor The Sun.
Saksi memberitahu mereka menjadi trauma selepas melihat budak kecil tercampak dari hayunan Star Flyer sehingga berlumuran darah dengan kepingan logam melayang ke udara.
Planet Fun memaklumkan permainan itu tidak mempunyai masalah teknikal dan taman tema itu akan dibuka semula kepada orang ramai selepas pihak polis menjalankan siasatan.
“Insiden tersebut berlaku disebabkan masalah sistem operasi permainan yang didakwa diganggu oleh beberapa remaja dan kes itu akan disiasat lebih lanjut.
“Tindakan pantas pekerja di taman tema memberhentikan permainan itu dapat mengelakkan kecederaan lebih serius,” kata polis.