Bot karam di Tunisia: 21 pelarian maut - Utusan Malaysia

Bot karam di Tunisia: 21 pelarian maut

GAMBAR hiasan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Sekurang-kurangnya 21 pelarian dilaporkan maut selepas sebuah bot yang membawa mereka karam di perairan di pesisir Tunisia.

Seorang pegawai keselamatan mengesahkan kejadian tersebut yang merupakan insiden kedua berlaku di negara itu dalam tempoh dua hari.

Jurucakap Pengawal Nasional, Kolonel Houssem Jbebli berkata, pasukan pengawal pantai menemukan kesemua mayat pelarian itu di luar pelabuhan Sfax pada Ahad lalu.

Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 43 pelarian lemas dan 84 penumpang lain berjaya diselamatkan dalam kejadian kapal karam di pantai Zarzis di selatan Tunisia.

Menurut pihak berkuasa, pelarian berkenaan cuba merentasi Laut Mediterranean dari Libya untuk ke Itali.

“Sebagai sebahagian usaha Tunisia untuk memantau sempadan, pasukan pengawal pantai berjaya menumpaskan 10 misi sejak beberapa hari lalu dan menyelamatkan seramai 158 pelarian,” kata Houssem. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya