'Bolehkah makan ikan yang tidak sengaja digoreng bersama lipas?' - Utusan Malaysia

‘Bolehkah makan ikan yang tidak sengaja digoreng bersama lipas?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gambar seorang pengguna media sosial yang menunjukkan terdapat seekor lipas pada ikan goreng yang dimasak ibunya menjadi tular di Indonesia.

Pengguna Twitter dengan nama @FFOODFESS itu memberitahu, ibunya hanya menyedari terdapat lipas dalam kuali tersebut selepas mengangkat ikan yang digoreng.

“Ibu saya goreng ikan dan hanya sedar ada lipas di dalam kuali itu selepas ikan masak.

“Adakah ikan ini masih boleh dimakan?,” soalnya.

Kebanyakan pengguna media sosial itu menasihatkannya supaya tidak makan ikan goreng berkenaan kerana dikhuatiri tercemar dengan lipas yang kotor.

Ada juga pengguna Twitter yang menasihatkan supaya semua peralatan memasak dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Selain itu, ada pengguna berseloroh, adakah lipas goreng itu rasanya seperti udang goreng?

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya