Benua Amerika berdepan 'pandemik penduduk belum divaksin' - Utusan Malaysia

Benua Amerika berdepan ‘pandemik penduduk belum divaksin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Benua Amerika kini berdepan pandemik ‘belum divaksin’ ketika kes jangkitan di kebanyakan negara yang program vaksinasinya perlahan meningkat secara mendadak.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) menggesa supaya sumbangan atau derma vaksin Covid-19 dilakukan berterusan dan secara menyeluruh oleh negara maju.

“Kita kini berdepan dengan pandemik ‘penduduk belum divaksin’ dan satu-satunya cara untuk keluar dari masalah ini adalah meluaskan jalur vaksinasi.

“Vaksin adalah kritikal, malah tiada satu pun vaksin yang berkesan 100 peratus, namun berkesan mengurangkan komplikasi jangkitan yang teruk,” kata Pengarah PAHO, Carissa Etienne.

Dianggarkan hanya 15 peratus penduduk di Amerika Latin dan Caribbean sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala tidak sampai satu peratus di Haiti dan Honduras.

Etienne merayu kepada semua yang mempunyai dos vaksin mencukupi supaya menyumbang sedikit kepada negara yang memerlukan.

“Secara jelasnya, kita amat perlukan vaksin ketika ini. Sumbangan vaksin merupakan cara untuk negara-negara miskin mendapatkan bekalan mereka.

“Janganlah menunggu sehinga anda (negara) mempunyai lebihan vaksin baru hendak disumbangkan,” ujarnya. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya