Bapa, tiga anak maut kereta terjunam dalam sungai di Sumatera Selatan - Utusan Malaysia

Bapa, tiga anak maut kereta terjunam dalam sungai di Sumatera Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAYUAGUNG: Sebuah kenderaan yang membawa satu keluarga terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak terjunam ke dalam Sungai Segonang di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan semalam.

Kemalangan itu menyaksikan empat penumpang maut melibatkan suami dan tiga anak, manakala isterinya terselamat.

Selepas insiden itu berlaku, penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian terjun ke dalam sungai untuk cuba menyelamatkan semua mangsa.

Namun, hanya isteri mangsa sahaja yang berjaya dibawa keluar, menyebabkan penduduk kampung segera menghubungi polis.

Tidak lama selepas itu, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

Terdahulu, seorang penduduk, Lenadi memberitahu, dia terdengar bunyi dentuman kuat dabn melihat kenderaan tersebut sudah terjunam ke dalam sungai.

“Saya bersama rakan-rakan terus terjun ke dalam sungai dan berjaya menarik keluar isteri mangsa, namun suami dan tiga anaknya meninggal dunia,” katanya kepada Kompas.com.

Dalam pada itu, Ketua Polis Komering Ilir, Alamsyah Pelupessy menyatakan punca kemalangan mungkin disebabkan masalah teknikal pada kenderaan tersebut.

“Kenderaan itu melanggar pagar jambatan terlebih dahulu sebelum terjunam ke dalam sungai.

“Akibat kemalangan itu, bapa dan tiga anak maut, manakal ibunya terselamat,” ujarnya.

Jelas beliau, polis akan menyiasat punca sebenar kemalangan dan kesemua jenazah sudah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya