Bapa bunuh diri selepas anak maut akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Bapa bunuh diri selepas anak maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun dilaporkan terjun bunuh diri di Ratchathewi, di sini kelmarin selepas anak perempuannya meninggal dunia akibat Covid-19.

Lapor Nation Thailand, polis menerima laporan mengenai kes bunuh diri kira-kira pukul 5 pagi pada Juamaat lalu selepas orang ramai menemukan mayat lelaki di bawah bangunan.

Mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai Peng-gi-Sae-Tia dan polis turut menemukan mayat wanita yang dipercayai anak perempuannya di dalam bangunan tersebut.

Anak perempuan lelaki itu dipercayai tenat akibat jangkitan Covid-19 namun tidak pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan awal mendapati lelaki warga emas itu bunuh diri kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya.

Sehubungan itu, polis akan meneruskan siasatan jika berlaku unsur jenayah dalam insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya