WASHINGTON: Sebuah bangunan setinggi lima tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di sini semalam, menyebabkan seorang terperangkap dan sejumlah yang lain cedera.
Kejadian itu berlaku seminggu selepas kondominium di setinggi 12 tingkat di Miami runtuh, menyaksikan 18 maut dan lebih 140 orang hilang.
Pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Menurut bomba, seorang mangsa berjaya dibawa keluar selepas lebih sejam terperangkap di bawah runtuhan.
Jelasnya, bangunan separa siap itu runtuh ketika ribut petir dan banjir kilat melanda bandar raya ini.
Empat lagi mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Namun, punca runtuhan masih belum dikenal pasti.