Asteroid lebih besar dari Big Ben dijangka melintasi Bumi minggu depan - Utusan Malaysia

Asteroid lebih besar dari Big Ben dijangka melintasi Bumi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mengesan satu asteroid besar yang boleh mencecah saiz sehingga 220 meter lebar menuju ke orbit Bumi.

Asteroid itu yang dinamakan 2008 GO20 dikatakan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar berbanding mercu tanda London iaitu bangunan Big Ben.

Menurut NASA, asteroid itu dijangka terbang melintasi orbit Bumi tanpa menimbulkan sebaranga ancaman pada Sabtu depan (24 Julai) kira-kira pukul 11.35 malam waktu Malaysia.

2008 GO20 itu berstatus asteroid Apollo iaitu asteroid yang memiliki lebar orbit antara Bumi dan Matahari sehingga memungkinkan ia tidak hanya menghampiri Bumi, tetapi juga melintasi orbit planet ini.

Asteroid itu dijangka melintasi Bumi pada kelajuan 8 kilometer sejam.

Satu lagi asteroid yang didakwa seluas Jambatan Golden Gate di San Francisco pernah melintasi bumi pada September 2020.

Asteroid itu dinamakan sebagai 2020 PMZ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya