AS tuduh Turki rekrut tentera kanak-kanak - Utusan Malaysia

AS tuduh Turki rekrut tentera kanak-kanak

ANGGOTA tentera Turki berkawal di pekan Atareb di wilayah Aleppo, Syria pada Februari 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa Turki merekrut golongan kanak-kanak untuk dijadikan anggota tentera dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Dakwaan itu sekali gus menjadikan Turki sebagai satu-satunya sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dimasukkan ke dalam senarai akta pencegahan tentera kanak-kanak.

Langkah itu secara tidak langsung menyebabkan hubungan Ankara dan Washington terus bergolak.

Jabatan Negara AS mendakwa Turki menyediakan ‘sokongan ketara’ kepada divisyen Sultan Murad di Syria, iaitu merupakan puak pembangkang Syria yang sudah lama menggunakan kanak-kanak sebagai tentera mereka.

Selain itu, AS juga menyebut terdapat penggunaan tentera kanak-kanak di Libya dan berharap dapat bekerjasama dengan Ankara untuk menangani isu berkenaan.

“Ini merupakan kali pertama anggota NATO dimasukkan ke dalam senarai akta pencegahan tentera kanak-kanak.

“Sebagai anggota NATO dan negara yang dihormati, Ankara mempunyai peluang untuk membincangkan isu ini, iaitu mengenai merekrut kanak-kanak sebagai tentera du Syria dan Libya,” menurut pegawai Jabatan Negara AS.

Turki sebelum ini dilaporkan menjalankan tiga operasi di Syria bagi menentang kumpulan Daesh, selain menyokong kumpulan militia Kurdish dan sering menggunakan pejuang bersenjata Syria berbanding anggota tenteranya.

Turki juga didakwa terlibat dalam konflik di Libya dengan menyokong kerajaan Tripoli menentang pasukan tentera pakatan yang disokong Mesir dan Rusia.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sebarang sekatan akan dikenakan terhadap Turki berhubung kemasukan dalam senarai berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya