WASHINGTON: Ratusan warga Cuba Amerika, pelarian politik dan aktivis dilaporkan berarak di seluruh ibu negara Amerika Syarikat (AS).
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah kerajaan Cuba dan tindakan kerasnya terhadap demonstrasi anti-komunis sejak awal bulan ini.
Penunjuk perasaan yang memegang plakad tertera `kebebasan’ serta bendera Cuba dan AS, berkumpul di luar White House dengan menuntut Presiden Joe Biden mengambil tindakan tegas terhadap rejim kepulauan tersebut.
Beberapa kumpulan hak asasi manusia mendakwa kerajaan Cuba menggunakan taktik penapisan dan ketakutan untuk menindas demonstrasi anti-kerajaan tersebut.
“Kami melakukan tunjuk perasaan ini untuk mendapat perhatian rakyat AS,” kata Carlos Rodriguez,29, datang dari Miami untuk menunjukkan sokongannya.
Seorang penunjuk perasaan, Elena Cruz, 32, dari Florida pula menggesa AS mengambil tindakan segera terhadap kerajaan Cuba.
“Kami mahu White House mengisytiharkan kerajaan Cuba sebagai tidak sah,” katanya. – AFP