AS lanjut penutupan sempadan Mexico, Kanada sehingga 21 Ogos - Utusan Malaysia

AS lanjut penutupan sempadan Mexico, Kanada sehingga 21 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penutupan pintu sempadan darat dengan dua negara jirannya, Kanada dan Mexico bagi perjalanan tidak penting sehingga 21 Ogos depan.

Pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) untuk melanjutkan tempoh 30 hari lagi dibuat selepas Kanada memaklumkan akan membenarkan warga AS yang sudah menerima vaksin Covid-19 memasuki negaranya.

“Kami bergantung pada nasihat pakar kesihatan dan perubatan dan bukannya tindakan negara lain,” kata jurucakap White House, Jen Psaki.

Psaki enggan menyatakan sebarang maklumat mahupun tempoh sekatan perjalanan akan dilonggarkan.

Menurut sumber, White House merancang mengadakan mesyuarat peringkat tinggi pada minggu ini untuk membincangkan mengenai sekatan perjalanan.

Katanya, mesyuarat itu juga dijangka membincangkan keperluan bagi mewajibkan pengunjung mengambil suntikan vaksin Covid-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya