NEW YORK: Syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech hari ni menyatakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) membeli 200 dos lagi vaksin Covid-19 keluarannya.
AS juga diberikan pilihan untuk membeli vaksin versi dikemas kini yang menyasarkan pelbagai varian baharu Covid-19.
Pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Pfizer yang dijual ke negara ini adalah kira-kira 500 juta dengan 208 juta daripadanya sudah diberikan kepada penduduk menerusi program vaksinasi dijalankan.
Majoriti dos vaksin baharu itu akan dibekalkan menjelang hujung tahun ini dan baki sebanyak 90 juta akan dihantar menjelang 30 April tahun depan.
Pfizer pada awal bulan ini memaklumkan pihaknya memohon kelulusan daripada agensi ubat-ubatan AS dan Kesatuan Eropah untuk penggunaan dos ketiga vaksin Covid-19 keluarannya.
Syarikat pengeluar vaksin itu juga menghasilkan versi baharu vaksin Covid-19 yang menyasarkan varian Delta.
Pfizer merancang untuk menguji keberkesanan vaksin versi baharu itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang. – REUTERS