WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal menghantar bekalan vaksin Covid-19 keluaran Moderna sebanyak empat juta dos kepada Indonesia ketika negara itu berdepan dengan gelombang baharu jangkitan koronavirus.
Penasihat keselamatan AS, Jake Sullivan dalam perbualan telefon bersama Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, bekalan vaksin itu akan dihantar menerusi program COVAX dalam tempoh secepat mungkin.
Jelas Sullivan, sumbangan vaksin itu menunjukkan sokongan penuh AS terhadap Indonesia dalam bersama-sama memerangi ancaman Covid-19.
Selain itu, kedua-dua pegawai itu juga berbincang mengenai meningkatkan usaha respons Covid-19 yang lebih meluas di Indonesia.
Indonesia merekodkan kes jangkitan baharu selama lapan dari 12 hari terakhir, termasuk 25,830 kes dan 539 kematian semalam. – REUTERS