SURSIDE: Angka kematian sebuah kondominium runtuh di Miami, Florida dilaporkan meningkat kepada 90 orang.
Lapor Xinhua, Datuk Bandar County Miami-Dade, Danielle Levine Cava berkata, seramai 31 mangsa masih hilang.
“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mangsa dan juga keluarga mereka,” katanya.
Menurut beliau, lebih 14 juta paun serpihan runtuhan telah dikeluarkan dari lokasi kejadian itu.
Champlain Tower South yang terletak di Surfside, sebuah bandar di utara Pantai Miami, runtuh pada 24 Jun lalu ketika puluhan penghuni berada dalam kondominium tersebut.
Setakat ini, tiada mangsa yang selamat ditemukan sejak insiden runtuhan tersebut.
Pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS) dalam proses mengenal pasti mangsa termasuk menyemak maklumat lesen pemandu mereka.
Minggu lalu, pihak berkuasa memutuskan untuk beralih daripada misi mencari dan menyelamat mangsa yang berpotensi hidup kepada operasi mencari mayat. – AGENSI