Alaska sudah melepasi waktu jangkaan tsunami - Utusan Malaysia

Alaska sudah melepasi waktu jangkaan tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan Amerika Syarikat sebelum ini menjangkakan tsunami besar akan melanda semenanjung Alaska selepas gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter melanda awal pagi tadi.

Namun, kira-kira dua jam selepas gempa melanda, pusat tersebut meramalkan ketinggian maksimum ombak tsunami adalah kurang daripada satu kaki atau 30 sentimeter.

Ombak kecil dilaporkan melanda pesisir pantai di pulau Kodiak yang dihuni kira-kira 6,000 penduduk dan arahan pemindahan ditarik balik .

Terdahulu, tsunami dijangka membadai pesisir pantai Alaska paling awal pukul 3.55 petang waktu Malaysia, namun sehingga kini, tiada sebarang kejanggalan atau ombak luar biasa dilaporkan.

Sebelum ini, siren amaran tsunami dibunyikan di sekitar Kodiak dengan beberapa video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan penduduk Kodiak berpindah sementara dan bunyi siren dapat didengar.

Amaran tsunami turut dikeluarkan untuk Hawaii dengan semua penduduknya dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai.

Namun, amaran itu ditarik balik dua jam kemudian.

Sebanyak lima gempa susulan direkodkan dalam tempoh 90 minit selepas gempa berlaku dengan ukuran paling tinggi adalah 6.2 Richter. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya